26 Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM5 bilion ditandatangani sejak berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 pada Khamis lepas.<br /><br />Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata pihaknya menyasarkan nilai pelaburan melalui MoU melebihi RM6 bilion sepanjang penganjuran MAHA 2022 yang akan berakhir Ahad ini.